Assaalamualaikum
Photobucket

Minggu, 25 Januari 2009

PAHALA BACAAN SAMPAI, KENDURI ARWAH BOLEH

PERSOALAN
Saya kerap menghadiri majlis kenduri - arwah serta tahlil. paling kerap selalu-nya sebelum tiba bulan ramadan..
Adakah amalan ini di-buat oleh Rasullah dan para sahabat..


PENGIRIM
Hmm.. kalau tak silap saya amalan ni tidak ada pada zaman Rasulullah..
Firstly kena tanya apa sebenarnya tujuan bertahlil dan kenduri arwah tu diadakan? Adakah untuk yg hidup, atau adakah untuk yg dah meninggal dunia?
Kalau untuk yg telah meninggal dunia, saya rasa kita perlu merenung ayat Qur'an ini :
53:39 That man can have nothing but what he strives for;
Jadi jika dalam tahlil tu kita menyebutkan ini :
"Allahumma ausil tsawmaba ma wara'nahu ila ruhi " (Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada roh), maka ianya bertentanganlah dengan apa yg Allah firmankan dalam An-Najm ayat 39.

ALEX
Banyak ulama terdahulu yang faham dan menggunakan ayat 39 surah an-Najm tetapi mereka tetap mengatakan SAMPAI. Sudah pastilah pasra ulama itu jauh lebih berkesarjanaan berbanding kita yang dhaif ini.

Pertama sekali kita lihat fatwa SYEIKH IBNU TAIMIYYAH.

IBNU TAIMIYYAH: (Kutub war Rasaail wal Fatawa Ibnu Taimiyyah fil Fiqh ms 366 vol 24 - Maktabah al Fiqf wa Usulih)

“Adapun masalah bacaan sedekah dan selain keduanya daripada segala amal kebajikan, maka TIADA BERBANTAH (TAK ADA KHILAF) di kalangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah pada SAMPAINYA pahala segala ibadat maaliyah (berupa harta benda) seperti sedekah dan memerdekakan hamba, sebagaimana SAMPAI JUGA KEPADA MAYAT, sampai doa (di sisinya), istighfar (memohonkan keampunan untuknya), solat jenazah dan doa di sisi kuburnya.”
“Telah berbantahan (berkhilaf pendapat) pada masalah ibadat amalan badaniah seperti puasa, solat dan bacaan. YANG BETUL- BAHAWA KESEMUANYA SAMPAI KEPADA MAYAT.”

Adapun sebahagian MEREKA YANG BERHUJAH (MENGATAKAN TIDAK SAMPAI) DENAGN FIRMAN ALLAH SURAH AN-NAJM AYAT 39, , maka dijawab kepadanya: Sesungguhnya telah sabit di dalam sunnah (hadith) yang mutawatir dan ijmak ummah bahawasanya SAMPAI.”

Ditanya akan dia: “Berkenaan bacaan (Al Quran) yang mengirim ahli mayat (keluarga si mati) kepada mayat tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, apabila mereka menghadiahkannya kepada mayat- adakah sampai pahalanya kepada mayat atau tidak?”
Dijawabnya: “SAMPAI KEPADA MAYAT bacaan ahli (keluarganya), sama ada tasbih, takbir, dan seluruh zikir mereka yang dibuat kerana Allah, apabila mereka menghadiahkan kepada mayat nescaya sampai ia.”
(Kitab yang sama ms 324)

Jadi, IBNU TAIMIYYAH kata SAMPAI.
Kita lihat pula apa kata SYEIKH IBNU QAYYIM.

IBNU QAYYIM: (AR RUH cetakan kedua Haidar Abad ms 13)

“Sesungguhnya tersebut daripada satu jemaah daripada SALAF, bahawa MEREKA BERWASIAT MEMBACA AL-QURAN DI SISI KUBUR MEREKA PADA MASA MENANAM. Mereka. Abdul Haq berkata: bahawa ABDULLAH BIN UMAR RA menyuruh dibacakan Surah Al Baqarah di sisi kuburnya, sebahagian daripada orang yang menyaksikan perkara tersebut (wasiat itu) ialah Ali bin Abdul Rahman.”

“IMAM AHMAD pada mulanya mengengkari perkara tersebut sebab belum sampai lagi kepadanya hadith. Selepas itu beliau rujuk kembali daripada fatwanya (mengatakan SAMPAI pula).”

Al Hassan bin as Sobah az-Za;farani berkata: Aku bertanya kepada Imam Syafie berkenaan membaca Quran di sisi kubur, maka beliau menjawab: “TAK MENGAPA dengannya.”

Al Khilal menyebut lagi: “Adalah golongan Al Ansar (sahabat), apabila ada kematian di kalangan mereka, mereka pergi ke kubur yang kematian itu, membaca Quran di sisinya.”

Pada ms 188 pula:

“SAMPAI ibadah yang bangsa badan kepada orang yang mati seperti solat, puasa , baca Quran dan zikir di sisi IMAM AHMAD dan kebanyakan salaf. Yang MENGATAKAN tak sampai ITU ADALAH AHLI BIDAAH DARIPADA GOLONGAN ULAMA USULUDDIN.”

Mengulas ayat Surah An Najm pula, di ms 205:

“Telah mengkahabarkan oleh Allah SWT, bahawa manusia tidak mempunyai melainkan usahanya. Adapun usaha orang lain adalah kepunyaan yang mengusahakannya. Maka JIKA MAHU, DIBERIKANNYA KEPADA ORANG LAIN dan kalau dia mahu kekalkan buat dirinya (maka) dikekalkannya. Allah Taala tidak pula berfirman: La yantafi u illa bimaaa sa a’a.” (Tidak mengambil manafaat melainkan dengan apa yang ia usahakan)

“Adalah guru kami IBNU TAIMIYYAH memilih (memuktamadkan) wajah ini dan beliau mentarjihkannya.”


Jadi, macam mana?
IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM mengatakan sampai. Bahkan menurut IBNU QAYYIM, siapa yang mengatakan tidak sampai adalah AHLI BIDAAH!
Tuan-tuan mengatakan sampai atau tidak?


Kadang-kadang saya tersenyum sendirian. Kaum Salafi Wahhabi ataupun Salafi Tua menggunakan kalam Mazhab Syafie manakala kita menggunakan kalam Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Renung pula pendapat IBNU RUSYHD.

Kata IBNU RUSYHD dari Mazhab Maliki dalam Nawazil:

Pertanyaan tentang ayat 39 Surah An-Najm yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.”
Beliau menjawab: “Jika membaca seseorang lelaki dan menghadiahkan pahala bacaannya kepada orang mati, nescaya HARUS demikian itu dan HASIL (dapat) BAGI SI MATI pahala tersebut.”


Kesimpulan kecil yang pertama- Surah an-Najm ayat 39 bukanlah hujah kukuh untuk mengatakan “tidak sampai”.

Hujah pertama sudah selesai, kita selidiki hujah kedua.


PENGIRIM
Saya pastekan beberapa pendapat ulama' dan rujukan dari Qur'an dan Sunnah :

"Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."

ALEX
Sebelum kita bersandar dengan hujah-hujah mazhab Syafie, sepatutnya kita kena belajar dan memahami ilmu-ilmu mazhab tersebut terlebih dahulu. Hal ini kerana banyak kaedah-kaedah dan istilah-istilah untuk setiap mazhab berbeza. Sebab itulah kira berasa sungguh kesal dengan sebahagian tenaga pengajar agama dengan mudah-mudah mengajar ataupun memetik kitab-kitab bermazhab Syafie dan menghuraikannya mengikut pemahaman sendiri sahaja. Contoh paling mudah ialah Dr. Asri.

Hal ini ada saya sentuh lebih mendalam dalam artikel saya bertajuk “BAHAYA ISRAILIYYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYYAT” yang boleh tuan-tuan baca dan kaji di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=172&mode=&order=0&thold=0
(Tolong baca artikel ini kerana beberapa permasalahan di bawah hanya dapat difahami setelah anda membaca artikel ini)

Banyak orang bertaqlid sahaja dengan iklan-iklan baik oleh manusia mahupun media. Apabila iklan-iklan ini mencanangkan KESARJANAAN DR ASRI, kita mudah mengikut tanpa soal selidik lagi. Bukankah sikap bertaqlid buta tanpa kajian begini ditentang keras dalam dakwah Salafi Wahhabi? Jika benar begitu, kita kena buktikan dengan tindakan, bukan sekadar menggesa orang lain tidak bertaqlid tetapi kita sendiri bertaqldi buta.

Untuk memastikan KESARJANAAN DR. ASRI, tuan-tuan boleh baca DAN KAJI artikel-artikel di bawah tanpa sikap taksub:

Pertama
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2&start=0

Kedua
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12

Kedua-dua tulisan ini hanyalah sebagai muqaddimahnya. Untuk memahami lebih banyak permasalahan ini, tuan-tuan boleh ke
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&new_topic=9

Jadi, tanyalah diri kita sendiri, “Aku berhujah dengan mazhab sekian-sekian, apakah aku sudah belajar selok-belok mazhab-mazhab itu?”


Baiklah, kita terus kepadA kalam mazhab Syafie yang dipetik oleh pengirim.

Hujahnya:
“…maka PENDAPAT YANG MASYHUR dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat”.

Apa maksud “pendapat yang masyhur’” ataupun di kalangan ahli agama disebut QAUL MASYHUR?

“Maka QAUL MASYHUR ialah yang mengibaratkan oleh pengarang (Imam Nawawi) dengannya, bagi tujuan memberitahu bahawa ADA KESAMARAN MUQABILNYA (pertentangan) SESUATUPENDAPAT TERSEBUT. Dan bagi pengarang, terjadi pentarjihan yang berlawanan di antara kitab-kitab beliau, yang terbit (disebabkan) berubah ijtihad (sama ada Imam Syafie sendiri atau mujtahid mazhab atau mujtahid tarjih). Maka HENDAKLAH MENGAMATI DEGAN MENGHURAIKAN PERKARA TERSEBUT KE ATAS MEREKA YANG MAHU 9YANG MAMPU) mentahqiqkan (memeriksa dalil-dalilnya) mengikut jalan-jalan (kaedah) nya.”

(Qaul Masyhur ini telah diistilahkan oleh IMAM NAWAWI dalam kitab Minhaj, dan telah disyarahkan oleh SYEIKH IBNU HAJAR dalam Tuhfah: ms 84, juzuk 1, cetakan Daarul Kutub al Ilmiyah 1996 sebagaimana di atas.)

Jadi, Qaul Masyhur adalah satu ISTILAH YANG DIPOPULARKAN OLEH IMAM NAWAWI dan PARA MUJTAHID TARJIH mazhab Syafie, bukannya istilah Imam Syafie sendiri.

Maksudnya, Qaul Masyhur BUKANLAH PENDAPAT MUKTAMAD. Ia hanyalah pendapat yang dipegang ketika itu setakat kajian yang telah dijalankan, DAN ADA PULA PENDAPAT LAIN DAN PENDAPAT LAIN ITU MASIH BOLEH. Itulah Qaul Masyhur. Malangnya istilah ini telah DISALAH ANGGAP oleh sesetengah pihak SEBAGAI PENDAPAT MUKTAMAD ataupun seolah-olah PENDAPAT MUKTAMAD. Inilah silapnya. Mereka yang melakukan hal ini biasanya yang kurang mahir ataupun tidak pernah belajar selok-belok Mazhab Syafie.

“Dan sesungguhnya telah menyelidiki dan membahas fatwa-fatwa kedua-dua Syeikhul Mazhab (iaitu IMAM RAFAIE dan IMAM NAWAWI) oleh mereka (para ulama) yang kemudian, dan mereka telah menerangkan yang mana muktamad dengan yang tidak muktamad, menurut perkiraan (penilaian) mereka.”
(Majmuk Kutubis Sab’ah al Mufidah ms 34)

Apakah maksudnya?
Maksudnya, pendapat atau pentarjihan yang telah dilakukan oleh kedua-dua orang mahaguru mazhab ini MASIH BOLEH DINILAI SEMULA dan begitu juga terhadap qaul-qaul masyhur yang diriwayatkan daripada Imam Syafie.

Maka, pendapat Imam Syafie yang mengatakan TIDAK SAMPAI ITU BUKANNYA MUKTAMAD untuk diwartakan sebagai fatwa Mazhab Syafie. Ia hanyalah qaul yang masyhur. Apabila disebut masyhur, maknanya lawan daripada pendapat yang masyhur itu adalah suatu yang tidak jelas kedudukannya. LAWAN QAUL MASYHUR ini dinamakan MUQABIL MASYHUR. Jika kajian menunjukkan Muqabil Masyhur ini lebih kukuh sandarannya, maka ketika itu ia boleh pula akan menjadi Qaul Masyhur.

Selain itu, kita nilailah kata-kata Imam Syafie ini:

“Berkata Imam Syafie: Dan AKU SUKA jikalau DIBACAKAN AL QURAN di sisi kubur dan DIDOAKAN terhadap mayat.”
(Makrifatus Sunan oleh IMAM AL-BAIHAQI juzuk 4 ms 191 cetakan Darul Kutub).

Kesimpulan kecil yang kedua- QAUL MASYHUR Mazhab Syafie bukanlah hujah kukuh untuk menolak “sampainya pahala bacan kepada mayat”.

Kita lihat pula hujah ketiga.


PENGIRIM
Serta dalam sebuah sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud, "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)
- Imam Nawawi dalam Commentary on Sahih Muslim

ALEX
IMAM NAWAWI ialah salah seorang tokoh besar Mazhab Syafie. Setakat pemahaman saya, tidak nampak pun apa-apa petunjuk daripada Imam Nawawi menunjukkan TIDAK SAMPAI berdasarkan petikan di atas.
Kita lihat apa sebenarnya pegangan Imam Nawwai dalam hal ini.

“Berkata Imam Syafie: DISUNATKAN bahawa dibacakan di sisinya (mayat) sesuatu daripada al Quran, dan jika mereka mengkhatam seluruh al Quran- itu adalah lebih baik.”
(Riadhus Solihin oleh IMAM NAWAWI ms 415 bab 2)


Dalam terjemahan AL ADZKAR oleh IMAM NAWAWI terbitan Al Haramain, Kuala Lumpur dituliskan:

Mengenai sesuatu yang bermanafaat bagi mayyit.

Para ulama telah sepakat bahawa doa bagi orang mati bisa bermanfaat bagi mereka dan sampai pahalanya kepada mereka.
Mereka berhujah dengan firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman.”

Dan dengan ayat-ayat lainnya yang masyhur yang semakna dengannya. Dalam hadith-hadith yang masyhur seperti doa Rasululllah saw:

“Ya Allah, ampunilah penghuni (kuburan) Bagi’ Al-Gharqad.”

Dan seperti doa Rasulullah saw:

“Ya Allah, ampunilah orang yang hidup di antara kami dan yang mati di antara kami.”

Para ulama berselisih pendapat mengenai sampainya pahala pembacaan Al-Quran.
Yang MASYHUR (harap rujuk semula apa makna pendapat Masyhur pada Mazhab Syafie sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini) dan segolongan ulama adalah tidak sampai pahalanya.
AHMAD BIN HANBAL dan segolongan ulama dari SAHABAT SYAFIE berpendapat bahawa ia bisa sampai.

YANG TERPILIH dalah pendapat agar pembaca mengucapkan sesudah selesai membaca Al Quran: “Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat yang kubaca kepada Fulan.
Wallahualam.

Tamat petikan daripada terjemahan Al-Adzkar.


“Berkata Imam Syafie: DISUNATKAN bahawa dibacakan di sisinya (mayat) sesuatu daripada al Quran, dan jika mereka mengkhatam seluruh al Quran- itu adalah lebih baik.”
(Riadhus Solihin oleh IMAM NAWAWI ms 415 bab 2)


Jadi, dengan meletakkan petikan kalam Imam Nawawi tanpa ulasan sebegini boleh mendatangkan salah faham. Ini hal agama, kita mestilah berhati-hati lebih daripada membicarakan hal-hal lain.

Kesimpulan kecil yang ketiga- hujah ini tertolak.


PENGIRIM
"Adalah, membaca al-Qur'an dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut
Jumhurul Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim"
(as-Subuki, Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab: juz 10, hal; 426)

ALEX
Pengirim MENYENTUH Majmu’ Syarah Muhazzab. Perhatikan:

“DISUNATKAN bagi orang yang menziarahi kubur bahawa MEMBACA apa-apa yang mudah dari AL-QURAN dan MENDOAKAN untuk mereka (yang telah mati) selepas bacaan (al Quran). Telah menaskan (disebut dengan terang dan jelas) oleh IMAM SYAFIE padanya. Ashbab (juga) telah sependapat (dalam hal ini).”
(Majmuk Syarah Muhazzab juzuk 5 ms 311 cetakan Darul Fikar)

Kedua-dua hujah ini SERI. Tapi apabila diambil kira tiga hujah terdahulu dan hujah-hujah terkemudian yang berjaya kita tolak, keputusan SERI ini tetap memberikan kelebihan kepada pendapat yang mengatakan “sampai”.

Kesimpulan kecil yang keempat- hujah ini masih belum berupaya mengukuhkan dakwaan “tidak sampai”.


PENGIRIM
"Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya. Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri."
(Al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)

ALEX
Kalau benarlah ini kalam AL-HAITAMI, kita bandingkan dengan kalam para ulama besar yang lain. Tapi sebenarnya saya berasa sedikit sangsi juga dalam hal kata-kata al-Haitami ini- entah benar entah tidak.

IMAM SYAFIE dan IMAM AL-BAIHAQI:
“Berkata Imam Syafie: Dan AKU SUKA jikalau DIBACAKAN AL QURAN di sisi kubur dan DIDOAKAN terhadap mayat.”
(Makrifatus Sunan oleh IMAM AL-BAIHAQI juzuk 4 ms 191 cetakan Darul Kutub).

IMAM SYAFIE dan IMAM NAWAWI
“Berkata Imam Syafie: DISUNATKAN bahawa dibacakan di sisinya (mayat) sesuatu daripada al Quran, dan jika mereka mengkhatam seluruh al Quran- itu adalah lebih baik.”
(Riadhus Solihin oleh IMAM NAWAWI ms 415 bab 2)

IMAM NAWAWI dalam AL-ADZKAR memetik hadis:
“Apabila kamu berada di hadapan orang sakit atau ORANG MATI, maka katakanlah yang baik kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan.”
(Muslim)


Dan yang PALING PENTING, pandangan AL-HAITAMI sendiri iaitu:

“Adalah ulama mutaakhirin berijtihad, SAMPAI BACAAN KEPADA MAYAT secara pentafsilan (penghuraian/ penjelasan) yang ditaqrirkan (dibahas dalil dan kaedahnya) di tempatnya (di tempat perbahasannya).”

“Dan kalam IMAM SYAFIE pada bacaan diiringi doa selepasnya, ini adalah SAMPAI PAHALANYA kepada mayat. Maka tiada bernafi-nafian (tidak bertentangan perkataan Imam Syafie yang terdahulu yang mengatakan tak sampai dengan yang akhir ini). Bahkan kalam Imam Syafie ini menguatkan ijtihad mutaakhirin yang mengamalkan qaul masyhur atas keadaan yang jikalau tiada bacaan di hadapan mayat atau tidak didoakan selepas bacaan.”

(Kedua-dua yang di atas dipetik daripada FATAWATUL KUBRA oleh IBNU HAJAR AL-HAITAMI ms 425 cetakan Darul Kutub).

Jadi, kita bandingkan sendiri mana yang lebih kukuh antara SAMPAI dengan TIDAK SAMPAI.


Kesimpulan kecil yang kelima- saya yakin sebahagian besar para pembaca bersama-sama dengan mereka yang mengatakan SAMPAI.


PENGIRIM
Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam telah memberitahu sebagaimana yang telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk
dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada orang lain."
(al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)

ALEX
Penulis asal artikel ini cuba mengaitkan IMAM SYAFIE dan kitab besarnya AL-UMM. Rasanya sandaran-sandaran kukuh sebelum ini termasuklah daripada Imam Syafie sendiri sudah cukup untuk mengetepikan hujah ini. Tapi kita kukuhkan lagi dengan fakta-fakta berikut:

SYEIKH AR-RAMLI- ulama besar Mazhab Syafie:
“Bahawasanya berdoa dengan SAMPAINYA BACAAN untuk orang mati adalah diterima dengan putus (TIADA IKTILAF).”
(Nihayah syarah Al Minhaj bab Al Wa shooya oleh SYEIKH AR RAMLI)

SYEIKHUL ISLAM ZAKARIA AL-ANSARI (seorang lagi tokoh besar Mazhab Syafie) menyebut dalam Syarah Ar raudh (Asnal Mutalib) pada Kitab al-Ijarah:

“Mengupahkan bacaan Quran di atas kubur di masa tertentu, atau dengan kadar (bayaran) yang maklum maka adalah HARUS kerana:
1. mengambil manafaat dengan sebab TURUN RAHMAT ketika dibaca Quran……………(panjang lagi)………………. Nescaya kembalilah (DAPAT) manafaat Quran itu KEPADA SI MATI.
2. bahawasanya doa berhubung (SAMPAI) kepada si mati, padahal doa selepas membaca Quran lebih hampir diberkenankan dan lebih berkat
3. bahawasanya apabila dijadikan (diberikan) pahala yang hasil dengan sebab bacaan Quran iaitu didoakan (pahala bacaan tersebut diberikan) kepada mayat, maka DAPAT manafaat mayat tersebut.

IMAM AS-SAYUTI:
“Sesungguhnya telah menaqalkan oleh AL HAFIZ AS SAYUTI, bahawa jumhur salaf dan Imam-Imam yang tiga, menjalani atas SAMPAI BACAAN KEPADA MAYAT, tetapi telah menyebut Al Qorafi bahawa Mazhab Maliki (kata) tidak sampai.”
(Kitab Iqna’ oleh SYEIKH SULAIMAN BUJAIRIMI)


Para ulama ini lebih arif tentang mazhab dan Imam Syafie berbanding kita. Keyataan yang dipetik daripada kitab al-Umm itu juga lebih berupa kenyataan tanpa huraian, sama seperti dalam kes IMAM NAWAWI di awal tadi. Huraiannya tidak berikan untuk MENUNJUKKAN ketidaksetujuan Imam Syafie, padahal tidak begitu.

Kesimpulan kecil yang keenam- hujah pengirim/ penulis artikel itu tidak mengukuhkan apa-apa pendapat mereka.


PENGIRIM
"Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah an-najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan (pengiriman tahlil atau doa selamat). Baginda juga tidak pernah memberikan bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut.

Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan, tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Qur'an dan sunnah Rasul Sallallahu `alaihi wasallam dan tidak boleh dipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat ulama." - Tafsir Ibn Katsir

ALEX
Tentang surah an-Najm ayat 39 sudah kita jelaskan dan menolaknya dengan sandaran yang kukuh.
Bahkan kenyataan “Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut” mengukuhkan pendapat yang mengatakan SAMPAI kerana ia rupanya dilakukan oleh golongan SALAF!
Apa lagi yang hendak kita nafikan?

Kita huraikan sedikit dakwan ini:
“sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri.”

Kenyataan ini seolah-olah menafikan konsep KEADILAN TUHAN.

Bukankah ada hadis sahih yang mengatakan MAYAT BOLEH TERSIKSA hasil ratapan mereka yang masih hidup?
Maksudnya ada PERLAKUAN BURUK ORANG HIDUP yang TERKESAN KEPADA MAYAT.

Jadi mengapa pula TIDAK ADA LANGSUNG PERLAKUAN BAIK ORANG HIDUP yang TERKESAN KEPADA MAYAT?

Secara tidak sedar kita sebenarnya telah menghukum ALLAH TIDAK ADIL!

Tuan-tuan boleh nampak BAHAYANYA hal ini?


Kesimpulan kecil yang ketujuh- hujah ini pastinya tertolak sedari awal. Fikirkan kembali kesan tidak langsungnya kepada akidah kita.


PENGIRIM:
Saya nak paste beberapa perkara lagi, pendapat ulama' terdahulu berkaitan kenduri arwah ni :

"Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang membanterasnya akan diberi pahala."
(I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in : juz 2, hal 145)

ALEX
Melihatkan nama kitabnya saja sudah melemahkan sedikit pegangan kami yang mengadakan kenduri arwah ini. Maklumlah, kitab besar yang disandarkan itu. Tapi…

Mengapa FOTOSTAT SEBAHAGIAN sahaja? Mengapa tidak dimasukkan permasalahan asalnya?

“Setiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.”
(Al-Mudaththir: 38)


Sebenarnya petikan di atas adalah JAWAPAN SAYYID AHMAD ZAINI DAHLAN jawapan-MUFTI MAZHAB SYAFIE DI MEKAH yang dimuatkan dalam kitab I’anatut Talibin. Kita lihat KESELURUHAN KES ini, bukan petikan suku jalan sebagaimana yang dibawa oleh penulis asal artikel tersebut.

Pengarangnya iaitu SAYYID ABU BAKAR mengatakan:
“Dan MAKRUH bagi ahli keluarga si mati duduk BERKUMPUL UNTUK MENERIMA TAKZIAH dan menyediakan makanan yang dikerumuni manusia berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Jarir bin Abdullah yang berkata: Kami mengira sesuatu perhimpunan pada keluarga si mati dan berbuat makanan selepas dikuburkan mayat sebagai sebahagian daripada niyahah (ratapan).”

Tentang petikan separuh jalan yang digunakan oleh pembantah di atas, cerita penuhnya begini:

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan TELAH DITANYA:
“Apakah fatwa para mufti yang mulia di Tanah Haram ini tentang ADAT KEBIASAAN KHUSUS yang dilakukan manusia di sebahagian negeri di mana apabila seseorang itu berpindah ke Negeri Pembalasan (maninggal dunia) serta hadir para kenalannya, jirannya yang ingin bertakziah, telah jadi ADAT KEBIASAAN bahawa mereka ini MENUNGGU MAKANAN. Dan adalah besar malunya kepada KELUARGA SI MATI YANG TERBEBAN dengan bebanan yang besar (sekiranya gagal menyediakan makanan), dan terpaksa menyediakan pelbagai jenis hidangan, dan kehadiran mereka itu mendatangkan KESUSAHAN YANG BESAR. Dan jikalau Ketua Para Hakim (iaitu Qadhi atau pihak yang berkuasa) yang prihatin terhadap rakyat melarang perkara ini agar mereka kembali berpegang dengan sunnah yang tinggi, adakah si penguasa akan mendapat pahala?”

SAYYID AHMAD ZAINI DAHLAN menjawab:

“Ya, apa yang dilakukan manusia dengan berkumpul di rumah si mati dan dihidangkan makanan ( SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN DALAM SOALAN DI ATAS, BUKAN SEKADAR BERKUMPUL DAN DIHIDANGKAN MAKANAN SAHAJA) adalah bidaah yang mungkar, yang diberi pahala (kepada) pemerintah yang melarangnya.”

Tuan-tuan boleh nampak isu sebenarnya yang cuba diputar-belitkan?


( Sambung Sayyid Ahmad Zaini lagi):

Dan telah berkata Al Allamah IBNU HAJAR AL-HAITAMI dalam (kitabnya) Tuhfah Muhtaj syarah Minhaj:

“Dan apa yang TERADAT oleh keluarga si mati MENYEDIAKAN MAKANAN untuk MENJEMPUT MANUSIA MAKAN adalah suatu BIDAAH MAKRUH, begitu juga menyambut jemputan seperti itu kerana telah sah suatu hadith daripada Jarir ra: “Kami mengira sesuatu perhimpunan pada keluarga si mati dan berbuat makanan selepas dikuburkan mayat sebagai sebahagian daripada niyahah (ratapan). Dan aspek persamaan dengan niyahah itu adalah kerana terdapatnya SYIDDATUL IHTIMAM (iaitu kesusahan urusan) kerana kesedihan.”


Lihat, IBNU HAJAR sendiri kata BIDAAH MAKRUH! Bukannya HARAM!
Yang BIDAAH MAKRUH itu pula adalah ADAT yang keluarga si mati hendaklah menyediakan makanan dan menjemput orang datang makan. Yang BUKAN ADAT pastinya tidak termasuk ke dalam perbahasan ini!

Adakah kenduri arwah yang biasa kita buat ada KESUSAHAN URUSAN KERANA KESEDIHAN? Adakah kenduri arwah kita mengikut adat jahilliah- iaitu MESTI SEDIAKAN MAKANAN dan JEMPUT orang datang makan?
Kenduri arwah yang kita biasa buat adalah dengan rela hati memanggil orang ke suatu majlis yang agendanya BERZIKIR dan BERDOA untuk si mati.
Di mana kaitannya???

Kesimpulan kecil yang kelapan- hujah yang dibawa ternyata satu penyelewengan terhormat, iaitu menyandarkan kitab besar tetapi dipetik sebahagian kecil isi “yang tidak boleh berdiri sendiri”. Hujah ini kita tolak.


PENGIRIM
"Aku tidak sukakan mat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat) meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan."
(As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)

ALEX
Nampaknya ada cubaan lagi untuk menisbahkan Imam Syafie dan al-Umm dalam hal ini.

Ayat yang sebenar dalam kitab yang sama:

“Aku tidak sukakan MA’TAM (BUKAN MAT’AM) iaitu berkumpul meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan.”

Penerangan:

Kalau anda masih mempertahankan perkataan mat’am, maka terpulanglah. Tapi untuk pengetahuan bersama, MAT’AM bermaksud TEMPAT MAKAN atau KEDAI MAKAN ataupun kini dinamakan RESTORAN.
Ini menjadikan IMAM SYAFIE berkata: “AKU TIDAK SUKAKAN RESTORAN…”
Masyaallah… berat ni!

‘Cukup besar dustanya orang yang memberitakan segala apa yang didengarnya ( TANPA USUL PERIKSA yang sewajarnya).”
(Muslim)

Bgeitulah teguran beberapa orang ustaz yang mahir bahasa Arab yang pernah saya baca.


MA’TAM pula bermaksud:
Setiap perhimpunan lelaki dan perempuan sama ada untuk sesuatu kegembiraan atau kedukaan.

Sebahagian ahli nahu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Jauhari, Abu ‘Atha’ al-Sindi, Ibnu Bari dan lain-lain dalam sebuah kamus Arab muktabar iaitu Lisan al-Arab telah mengkhususkan penggunaan istilah ini ( iaitu MA’TAM adalah) untuk PERHIMPUNAN PEREMPUAN PADA KEMATIAN YANG PADANYA TERDAPAT NIYAHAH (iaitu ratapan yang berlebih-lebihan).
NIYAHAH pula pula adalah ratapan yang berlebih-lebihan sehingga meraung dan menarik-narik rambut sebagaimana yang popular pada zaman jahilliyyah.

Kata Imam Syafie: “AKU TIDAK SUKA” atau “AKU BENCI”. Baik! Namun mesti diingat bahawa dalam usul fiqh Mazhab Syafie, ia tidak membawa maksud HARAM tetapi MAKRUH!


IMAM NAWAWI dalam Al Majmuk Syarah al-Muhazzab ms 271 juzuk 5:

“Adapun berhimpun atau berduduk-dudukan (al-julus) UNTUK MENGUCAPKAN TAKZIAH- maka telah diriwayatkan daripada IMAM SYAFIE dan pengarang kitab al-Muhazzab dan seluruh Ashab Syafiiyyah bahawa ia MAKRUH.”

“Dan sebahagian ulama Syafie serta IMAM GHAZALI dalam kitab Al-Takliq meriwayatkan bahawa yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dengan al-julus itu adalah: “Berhimpun keluarga si mati di dalam rumah dengan maksud (menunggu) sesiapa yang ingin mengucapkan takziah.”

Dan para ulama berkata: “Bahkan yang selayaknya ialah mereka bertebaran menunaikan hajat masing-masing, barangsiapa yang terserempak dengan mereka (iaitu ahli keluarga mayat) maka ucapkanlah takziah.”

Dan qaul daripada Imam Syafie ini telah ditasrihkan oleh Al-Muhamili dan beliau telah manqalkan kata-kata Imam Syafie dalam kitab Al Umm, bahawa Imam Syafie berkata: “Aku tidak suka al-ma’tam iaitu perhimpunan walaupun tiada padanya tangisan kerana yang demikian itu memperbaharui kesedihan (keluarga si mati)…”

Ini menunjukkan yang Ashab Syafiiyah memahami al-julus adalah al-ma’tam. Jadi, yang tidak disukai (dipandang MAKRUH) oleh Imam Syafie itu ialah satu MAJLIS ADAT di mana ahli keluarga si mati BERKUMPUL UNTUK MENERIMA TAKZIAH, WALAUPUN TIADA TANGISAN.
Dan adat jahilliah ini memang tidak ada dalam kenduri arwah yang biasa kita lihat di Nusantara ini.


Kesimpulan kecil yang kesembilan: IMAM SYAFIE kata MAKRUH, bukan HARAM dan BUKAN BERDOSA. Yang makruh itu pula jika ada RATAPAN BERLEBIH-LEBIHAN. Jika tidak ada RATAPAN itu, ia boleh jadi HARUS. Hujah ini tidak membantu apa-apa.


PENGIRIM
"Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah (meratapi mayat) iaitu haram."
(Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)

ALEX
Banyak pihak telah membuat semakan. Perkataan IAITU HARAM tidak ada dalam petikan asal. Boleh jadi ia tambahan penulis asal ataupun tangan-tangan ghaib pelampau Salafi Wahhabi yang membuat penambahan dalam cetakan mereka. (Hal ini biasa berlaku di Timur Tengah terutamanya di Arab Saudi dan Mesir. Rata-rata maktabah buku dikuasai oleh kaum Tajdid Lapok/ Salafi Tua. Mereka sering mengubahsuai kitab-kitab lama untuk kepentingan mereka.)

Perkataan BIDAAH YANG TIDAK DISUNATKAN kita sedia maklum boleh membawa maksud HARUS ataupun MAKRUH.
Lihat semula artikel saya “BAHAYA ISRAILIYYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYYAT”.
Sebab itu di awal tadi saya telah berpesan agar tuan-tuan baca artikel tersebut terlebih dahulu.

Kseimpulan kecil yang kesepuluh- hujah ini kemungkinan besar telah diselewengkan dan ia tidak pun MENGHARAMKAN atu MEMBERDOSAKAN kenduri arwah, malah boleh MENGHARUSKAN pula.


PENGIRIM
"Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan."
(an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)

Wallahu'alam.

ALEX
Masih dalam skop yang sama. Ia hanya BIDAAH YANG TIDAK DISUNATKAN, bukan BIDAAH YANG DIHARAMKAN. Hukumnya masih boleh jadi HARUS ataupun MAKRUH.

Penyelewengan berlaku lagi? Semakan menunjukkan petikan sebenar berbunyi:

“Adapun keluarga si mati menyediakan makanan dan berkumpulnya manusia padanya (pada makanan itu), maka tiada dinaqalkan apa pun padanya dan ianya tidak mustahab (iaitu tidak sunat).”
(Al Majmuk Syarah Muhazzab oleh IMAM NAWAWI juz 5 ms 282)

Jelas perkatan BIDAAH dimasukkan kemudian. Tiada perkataan “yang jelasnya semua itu adalah BIDAAH YANG TIDAK DISUNATKAN”. Yang ada hanyalah perkataan “ghairu mustahabbah” yang bermaksud TIDAK SUNAT.

USTAZ ABD. RAOF AL BAHANJEE AL ALIYY (Pondok Tampin) telah meneliti petikan yang kita bincangkan di atas melalui tiga edisi kitab Al Majmuk, namun masih tidak menemui segala penambahan dan penipuan yang dimasukkan oleh golongan ini.
Kata beliau: “I looked at it up and down a few times until my eyes watered. Kata-kata : yang jelasnya semua itu adalah bidaah yang tidak disunatkan, is not found anywhere in the text. The word BIDAAH is not there.”


Kesimpulan kecil yang terakhir- hujah ditolak lagi.


KESIMPULAN BESAR

Sekarang sampailah masanya untuk kita buat KESIMPULAN BESAR.
Berdasarkan hujahan-hujahan di atas, ternyata pegangan mereka yang mengatakan TIDAK SAMPAI BACAAN dan BERDOSANYA KENDURI ARWAH (melalui kata kunci “bidaah”) ternyata TIDAK MENGHAMPIRI KEBENARAN, malah sebahagiannya berisi PENDUSTAAN pula.
Sesiapa yang pernah menyebar ataupun tersebar tulisan-tulisan ini kami nasihatkan supaya menyebarkan pembetulannya semula. Anda lebih maklum apa kesan sebaran anda kepada umat dan agama Islam dan yang paling penting- kesan di akhirat nanti.
Kepada PENGIRIM, saya pasti anda hanyalah pemetik dan penyebar. Yang diminta pertanggungjawaban lebih besar ialah penulis asalnya.
Semoga bermanfaat buat semua.
“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

wasslam
ajir kern



Related Articles by Categories


0 komentar:

Panduan Cara Mudah Belajar Bahsa Arab

Grab this Widget ~ Blogger Accessories